Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog gambar-gambar yang pandai bercerita.
selamat hari pekerja buat semua pekerja-pekerja. semoga kualit kerja kita akan terus meningkat dan membuahkan hasil yang berkat buat diri kita sepanjang hidup ini.
sepanjang hari ini saya terperap di rumah saja. bosan punya pasal rajin lah tangan membelek2 gambar-gambar lama. terjumpa satu gambar yang memukau pemandangan saya. jeng jeng jeng...









tempat ni namanya tasik Tekapo. Terletak di pulau selatan New Zealand. Cantiknya masih terbayang-bayang dalam ingatan.

sekian saja post utk kali ini dan terima kasih kerana masih sudi mengembara bersama Gambar Lebih Pandai Bercerita. :)









assalamualaikum wahai penonton gambar-gambar yang pandai bercerita.
kenapa sejak akhir-akhir ni saya selalu post gambar matahari terbenam?


matahari yang terbenam menunjukkan berakhirnya siang dan menjelmalah malam.

ditakdirkan Allah pada 24 febuari 2012 jawatan sy sebagai pemimpin pelajar telah tamat.

akan tetapi saya risau akan ada orang yang tidak sempat menikmati cahaya matahari.

tidak sempat melihat keindahan dunia apabila disinari mentari.

malah adakalanya hujan membasahi bumi sehingga tidak terpancarnya matahari itu.

itulah cabaran matahari yang membakar diri untuk menerangi kita.

sepanjang saya memegang amanah ini berbagai cabaran serta suka duka yang di tempuhi.

akan tetapi segala yang susah dimudahkan Allah. segala yang susah juga mendapat perhatian dan bantuan dari para rakan-rakan.

dan dari kesusahan itulah yang mengajar diri menjadi insan yang lebih baik.

pada hari ini tidak ada ucapan yang terindah yang boleh saya ucapkan selain lafaz Alhamdulillah kerana Allah telah memilih saya dan membantu saya sepanjang satu sesi ini.

saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibubapa saya kerana sentiasa mendoakan saya dan menyokong saya dari belakang.tidak lupa juga buat kakak saya siska yang banyak membantu keluarga.

kepada pihak universiti di bawah naungan Dato' Naib Canselor saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas bantuan, tunjuk ajar, keperihatinan serta kasih sayang yang dicurahkan kepada kami sebagai pelajar di UniMAP.

kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam macam-macam hal, Syed Nazir, Rizal, Khairi, Aizat, Mao, Taufik, Jefri, Hilamir, Lutfi, Kecik, Ayie, Ikma, Sakinah, Zaid, Anis, Aban, Fion, Wani, Kden, serta semua rakan yang banyak membantu.(yang xda nama di sini jangan tacing pulak ya..penat nak tulis semua..haha)
jasa anda saya akan kenang sampai bila-bila.
hutang emas boleh dibayar, hutang budi saya bawa mati.

akhir sekali kepada rakan seperjuangan. rakan yang banyak mewarnai hidup ini. rakan yang bila mana jatuh, jatuh bersama. rakan yang bila susah, susah bersama. rakan rakan yang pernah mencipta kenangan yang terindah bersama saya di new zealand.

 rakan yang saya hormat. rakan yang saya suka usik kemudian akan marah marah sayang. rakan yang saya pernah gaduh dengannya dimana kami banyak belajar dari pergaduhan itu.

rakan yang menemani diri ketika sedang merindui keluarga kerana setelah sekian lama tidak balik kampung.

 rakan rakan yang pernah bersengkang mata di tengah malam memikirkan benda besar yang bakal terjadi. rakan yang pernah sama sama sibuk bekerja di bilik gerakan.

rakan yang pernah nyanyi lagu Standing in the eyes of the world bersama-sama.

rakan yang ajar tarian canggung. iaitu keluarga majlis perwakilan pelajar sesi 2010/2011! jutaan terima kasih atas kasih sayang yang diberikan. atas segala tunjuk ajar yang keluarga ini berikan. atas pertolongan yang pernah di hulurkan. atas segala jenaka yang menceriakan hari hari kita.

walau kita sudah tidak punya jawatan untuk kerja bersama lagi bukanlah bermaksud hubungan kita ini terhenti di sini. tapi di sinilah bermulanya hubungan kekeluargaan kita yang mana bukan atas nama MPP. hubungan yang mmg lahir dari hati.

pada ketika ini saya sudah keliru dengan perasaan sendiri kerana bercampur antara gembira dan sedih. gembira kerana sudah terlepas dari tanggungjawab. dalam masa yang sama sedih kerana bimbang keadaan tidak sama seperti DULU.


apa yang saya harapkan keluarga yang kita bina ini tidak tamat di sini. tetapi akan berpanjangan sampai ke hari tua. 


pengalaman yang paling menarik sepanjang jadi MPP?
hhmmm...smua pun sy rasa menarik. tapi yang paling tersemat dihati ialah sewaktu persiapan Festkon6 lah. sebab?waktu tu lah dapat rasa susah senang bersama. :) syg nya gambar masa Festkon tiada dalam simpanan sy.mungkin ada dengan biro multimedia masa tu.
dan of course edu trip to new zealand adalah pengalaman yang mmg tidak dapat dilupakan.



trip yang banyak input saya dapat. tempat cantik. tekanan yang menimpa selama jadi MPP hilang ketika samapai di new zealand.

setakat ini sajalah untuk kali ini. tak mampu dah nak tulis panjang panjang. air mata ashik mengalir ja ni. huhu.
semoga yang baik sentiasa berkekalan dan yang buruk menjadi pengajaran buat kita.
akhir kata, saya memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika selama saya menjadi MPP sy gagal menjalankan tugas saya dengan baik. saya minta maaf jika saya pernah tertinggi suara atau terkasar bahasa. saya minta maaf jika saya pernah ada melukakan hati anda. dan maafkanlah saya jika saya pernah buat apa apa salah pada anda semua.

sekali lagi ratus puluh ribu jutaan terima kasih saya ucapkan.
assalamualaikum.



Assalamualaikum..
hari ini tiba-tiba rasa nak pos sesuatu walau dalam kesibukan.
alhamdulillah hari ini banyak dengar berita baik kurniaan Allah.

gambar di bawah merupakan jersi baru aku. rasa senang hati nak cerita dengan kawan-kawan ada jersi baru, khas ditempah buat keluarga MPP. semoga ianya menjadi lambang kesatuan kita dan sebagai tanda-tanda kenangan satu hari nanti :)


gambar ditangkap semasa jersi masih lagi panas-panas!!!baru keluar dari oven!!!

Assalamualaikum buat para penonton panggung gambar lebih pandai bercerita sekalian!

panggung gambar lebih pandai bercerita kali ini ingin memperkenalkan kawan muka buku saya yang terawal.
ni kira kawan lama la. saya anggap dia ni macam makcik adik saya dah. namanya dirahsiakan untuk tujuan keselamatan. hahaha.






entah apa sakit dia hari ini ajak outing di bukit kubu. offer diri jd model.ADOYAI!
serius cakap, aku memang tidak cekap dalam tangkap foto model. agaknya sebab terbiasa dengan foto-foto potret yang candid. sapa yang terer2 dalam modelling ni boleh la ajar-ajar aku lepas ni ok? tak minat pun modelling tapi sekadar ingin tahu saja. boleh aplikasi dalam arena fotografi yang laen.
jadi kali ni potret dia saja.


  





















terima kasih kerana sudi menonton : )


Assalamulaikum para penonton gambar-gambar yang pandai bercerita.
PERKARA BIASA TAPI PATUT DIHARGAI!
dalam hidup saya ada dua benda yang biasa tapi saya hargai. Masa makan pagi dan masa minum petang.
Ianya biasa tapi saya tidak selalu punya masa untuk keduanya. Hari ini Alhamdulillah tidak pernah saya rancang. tidak pernah saya fikir boleh makan roti telur dan minum cendol. saya tau mungkin bagi anda ianya biasa.tapi bagi saya ianya luar biasa. tepung yang datangnya berpuluh kilometer. kopi yang datangnya dari daerah lain sudah berada dalam perut saya hari ini.
Apa yang dapat saya lihat disini ialah rezki. rezki itu datang dari pelbagai tempat. tinggal kita sahaja yang perlu berusaha mencarinya. :)
roti telur dan nescafe ais satu!!!


siapa tahu apa benda yang paling lama kita miliki.
jawapannya kenangan. tadi tiba-tiba gatal tangan untuk tengok semula gambar-gambar lama. terjumpalah gambar ni. selepas lebih kurang 10 minit bermain photoshop akhirnya siaplah gambar ni. khas buat rakan-rakan ku yang banyak membantu dalam bidang fotografi. terima kasih ku ucapkan.

tayangan kali ini berkisar tentang the beautifull of china..
mari sama2 kita saksikan..









selama beberapa kurun..akhirnya gambar lebih pandai bercerita kembali menayangkan gambar gambar buat tatapan penonton sekalian..
post kali ini berkisarkan pengalaman saya sewaktu berkunjung ke sichuan, china pada 21 May yg lepas. Sempena UniMAP UESTC international leadership and softskill development camp. please enjoy.


para peserta kem dan pegawai pengiring semasa di perpustakaan UESTC yg merupakan perpustakaan terbesar di asia

Ahli group saya dalam kem ni. dr kiri, saya, Hou, Kenny dan Wang Shu.

Panda yg sempat saya shoot sewaktu berkunjung ke Panda Research Centre.

Kalo tengok betul2 mcm anak patung yg kt beli d kedai.

Cara tidur yang agak sopan menarik minat lensa untuk menatapnya.

Ini lah kerja panda2 di situ. Makan dan tido.huhu

Kegembiraan yang tidak terhingga. Senyum sampai ke telinga bila tengok panda yang comel.

Panda merah. 1st time tengok.huhu.

Saiznya lebih kecil dari panda yang hitam putih tu.











itu saja yang termampu buat kali ini. Yang ni pun saya curi2 masa untuk buat.disebabkan permintaan penonton setia  yang mahukan blog ini terus bergerak. terima kasih kepada anda semua yang sentiasa memberi sokongan. nantikan kesinambungan dr post kali ni...
terima kasih kerana menonton!